Monday, July 30, 2007

electrocity



abes masa aku main menatang nih...kaler dia bes....macam main sim plak...simcity..bleh tahan la jugak, walaupun bangunan dan pilihan dia sikit....ok la..dalam 20 min bleh layan mende ni. limit dia 150 turn je. jangan bankrupt plak

klik untuk ke wsite dia ---> electrocity

Tuesday, July 24, 2007

projek komik online DBP




projek ni di buat dalam tahun 2004, masa tu tengah practice arsitektur lagik, bagai nak rak menyiapkan mende alah ni..yang atas tu proposed artwerk...tapi lepas tu diringkaskan gaya dia.tapi berbaloi pengalaman dia dan pendedahan dia...berdasarkan buku Hikayat Sejarah Melayu, lebih kepada introduksi sejarah melayu dari cerita pasal Hang Tuah (ikut buku). Dulu dalam tahun 70-80an jaafar taib pernah buat cerita ni. Oleh sebab tu aku amat berbesar hati bila projek ni di serahkan kepada aku.tapi...oleh kerana ini projek pertama, susah nak buat komik ni luar dari kebiasaan sebab skrip dia cuba untuk mengekalkan keaslian prosakata sanskrit dan lenggok cerita dahulukala, anggaplah ia sebagai rujukan bergambar kepada Hikayat Sejarah Melayu

klik link ni untuk menghayati hikayat-hikayat ni sechara online
Hikayat Hang Tuah
Hikayat Merong Maha Wangsa
Hikayat Shah Mardan
Hikayat Amir Hamzah

Monday, July 23, 2007

Strange Behavior

si matskipa ni memang takleh dok diam...tetiba tergerak nak buat satu piece berdasarkan character dia....oohohoohohooh...membe dia si tutung lemau tak siap lagi..tengah cari personaliti yang amat sesuai untuk dia

Sunday, July 22, 2007

komikbaroo


komik baru yang tak tau bila siap....mungkin dalam palitan warna digital penuh (fully digital painted)..harapannye la...kewkewkew...nanti akan ku hapdet kalau ada update (huh?)
tajuk komik ni datukK

Wednesday, July 18, 2007

assassin creed+koffinkanser


21 july..banyak kerja tak siap lagi ni....
19 july : buat balik anatomi...nak buat seriusnye skek

update july 18


tengah melayan 1999-soul new agenda..tetiba trasa nak melayan lokesan la plak...ejoy
pscs+graphire02+30min..yang atas tu close up dia

Tuesday, July 17, 2007

introduksi kepada media digital


ohohoho...setelah sekian lama..terlupa nak post cover ni...di buat dalam ps7+tablettanpapressuredannonwireless+pentium3. antara work pertama aku yang dapat keluar sebagai cover buku..yehaaaaaaa..featuring neelam,carmen,faye dan ramontotna...karektor ciptaan bersama ence azhar abdullah. pengaruh dari adam huges masa ni...lokes atas tracing paper...scanned dan betulkan balik drawing dalam pshop lepas tu kaler...ouh..lupa nak bagitau...semua karektor tu life size! on 150dpi...gila berat file...tapi semua file tu tak dapaek nak di trace da sekarang....hish

masa ni tahun 2000 ni rasanya...gilos..lama dah...tiba-tiba terasa tak produktif

Monday, July 16, 2007

ku mohon


layan lagu ni sesorang dikala malam...lirik dia bes...cuba dengar kat sini..kenapalah senario muzik kita tenggelam timbul sekarang ni...hmmm

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

black+white+red




medium yang aku selalu gunakan untuk menunjukkan mood kosong+tensi...juga kadang-kadang sebagai tanda protes.

Thursday, July 12, 2007

adaptasi



inspirasi dari lagu.....lama dah ni entry atas sekali tu dari filem CLOSER vc dia oleh damien rice:blower's daughter..yang kedua tu dari filem NANA..yang lead vocal tu memang penyanyi sebenar...sebab tu macam bes je bila dia nyanyi dalam pilem....adaptasi dari manga NANA. satu lagi tu dari VC korea because i'm a girl ....huhuhu....karat tak hengatnye vclip dan dah diadaptasi ke pelbagai version...indo mahupun melayunye filem/drama..

apsal awek aku lukis semenye dari kiri a...deng

Wednesday, July 11, 2007

lagi projek sisipan


kali ni projek dengan sorang penulis yang tidak asing lagi di arena penulisan komik di tanah ayer. kalau ikutkan rasa..memang dah buat dah projek ni...berkobar-kobar semangat bagai nak rak...tapi..hmm..tapi takpe, tak bermakna komik ini akan terbiar begitu sahaja. mungkin lepas ni kemunculan komik ini akan lebih dramatik...mungkin bewarna digital penuh? tengok le chamne...semuanya mungkin.

Tuesday, July 10, 2007

projek sisipan (koalaloempoer)



projek sisipan sejak tahun 2006, tak bergerak setelah terlampau banyak sangat kerja sub- yang terpaksa di selesaikan. rasa di hati bercampur...banyak lagi benda lain yang kena dahulukan...tape..nanti kalau ada masa aku sambung..lagi pun aku da ada gerimis di kuala lumpur...berapa banyak kuala daa...

mo'ed


skes ketika semua orang asyik dengan handheld games masing-masing..hohoohoh....kena beli satu jugak ni..PSP9 ke....

karektor ni nama dia moed..heh...sebab..takde sebab..saja namakan dia moed..cincau soya tu memang sedap.

mudskippa'



the ulta-mudskippah...... asalnya cakaran biasa je...tapi jadi syiok plak melayan sampai ke versi anime...hohoho..apa-apa jelah. ni tengah nak buat membe dia plak. si tuntung...kot..kalau jadi la tuntung..belasah je la

kerektor si belacak ni girang, banyak tanya, hiperaktif dan dia baru je masuk sekolah tadika

bukanlah diriku


inspirasi dari lagu samsons : bukanlah diri ku. lama tak buat artwerk dari lagu inspirasi.sekurang-kurangnya artwork ni terhasil dari sesuatu yang indah-melangkah dari lirikan lagu ke lirikan pen digital plak...boleh masuk creativecommons tak macam ni?hmm...kena banyak lagi melukis. skill pon dah tumpul....nak kena asah balik nampak gayanya.

Monday, July 9, 2007

manual(ism_e)



ramai yang kenal aku di zaman digital ni mesti ingat aku tak pernah buat artwerk manualkan...hmm...jahat betul korang....aku memang bermula dari manual, dan subjek kegemaran aku adalah sebotol indian ink dan berus venus, dan air teh (buat bancuh ink). melukis dengan media realism ni memang penat..dan...tak ada patah balik dah..tak jadi scrap..buat baru le jawabnya..jadi...korang akan buat kerja dengan lebih terliti ( dan lama ) juga tanpa ctrl+z.

dalam pencarian (identiti)




berapa lama korang cari diri korang sendiri? aku dah lama cari, tapi tak berjumpa....ni hasil dari carian aku. mungkin banyak yang macam pernah korang lihat di mukasurat di mana-mana...hakikinya memang aku cuba jadi macam diorang...tapi aku rasa macam tak bes..sebab tak lekat semua ni kat tangan aku....jadi aku cari lagi...sampaila sekarang ni...

kerja LAMA-LAMA

tak ramai yang tahu (lagi?)



tak ramai yang tahu jugak...aku dah lama menyimpan hasrat nak submit ke FANTASI...tapi apakan daya..ilmu di dada tak cukup lagi...zaman digital pon 3 tahun lepas tu baru bermula, maka manuallah jadi belasahan, sekotak kaler alpha, 3 batang berus venus dan secawan air (bancuh kaler) menjadi pertaruhan...rasa macam bes....tapi rasa je....sekurangnya semua tu menjadi tatapan aku lepas 11 tahun semua tu berlalu....kalau lah aku jumpa pshop dari aku form 5...

tak ramai yang tahu


aku rasa tak ramai yang tahu aku bermula dengan submisi kartun...sebab dunia komik semakin pupus masa aku mula nak berjinak-jinak dengan dakwat dan kertas (dan juga dakwat bewarna). dan tak ramai yang tahu aku sudah lima nam kali panjat tangga turun tangga nak submit artwerk di pelbagai rumah penerbitan. masa tu kalau nak ikutkan ...berapi telinga menahan komen, tapi takpe....semua jadi pengajaran bagi aku...konklusinya..aku memang tak reti lukis katun

GALERI KATUN

di sini bermula (digital)

muka surat pertama hasil semangat yang berkobar bagai nak rak..tahun 1999 rasanya. inking secara manual,kalering oleh inche' azhar abdullah, pshop 5 rasanya dengan mouse, beruntung betul zaman sekarang. semua dah digital. photo insert tu semua aku yang belasah, masa tu jahil lagi efek mefek ni, rasanya bukan aku sorang....seluruh dunia pon sama.

lagi hebahan berunsur pendidikan (remaja dewasa)


Hebahan percuma untuk sesiapa yang mengerti...sayang, ramai yang tidak tahu senario sebenar industri, terhasil semasa semua orang sibuk mencari keuntungan dari penerbitan picisan potong pon senget. Kitaorang punya FREE! bukan free yang bejarga RM2.40, tapi PERCUMA! tapi rakyat malaysia takut nak ambik barang percuma..takut dijajah..minda..ke? ah lantaklah..janji FREE! tak potong senget.

lagi

FREE! #1
FREE! #2


bermulanya disini



rasanya semuanya bermula disini, sebelum millenia....zaman kereta masih lagi bergerak di atas jalan tar, sebelum kamera ada dalam telefon, sebelum wujud tablet digital tanpa wayar. semua yang di kenali di atas sekeping hebahan berbau karbon ini sudah melampaui batasan masing-masing, malah ada yang pergi jauh dari itu. kalau di congak peratusan tinggi nama yang tertera dah jadi tererterror belaka.