Thursday, August 30, 2007

kacha-revisited
























artwork lama - kacha - yang dah terbiar tak ada penyudah....maka dengan sedikit tekstur dan sedikit mod champuran maka berakhirlah perjalanan seni kepingan marhain ini. cheewah....

Monday, August 20, 2007

tabularasa di comiworld.
























geng tabulasa di comic world. Akhirnya tabularasa
telah membuat satu penampilan sulung di Comiworld
cineleisure pada 18.8.07, ramai yang datang, dan
banyak juga zine sulung tabularasa yang terjual.
crowd tidak seperti yang dijangka...tapi segalanya
berjalan dengan lanchar.

Tuesday, August 7, 2007

projek sisipan sempena comicworld


projek sisipan ala-kadar untuk comicworld cineleisure ogos ni, saja ngetes kalaer, da lama tak buat gambar kaler maler cenggini, tetiba terasa kekoklah pulak, yang ni prelim untuk kaler tone dan hue check...bila nak buat finalnya..ntahler...deadline da maken dekat siot. comicwold cineleisure - cekidaut

Venue: Cineleisure (Beside the Curve)
Date: 18 - 20 August 2007
Time: 11am - 8pm

Thursday, August 2, 2007

mobile content

keje penghujung tahun 2005 dan awal 2006 dengan metadome. keje simple jek..buat wallpaper berwarna pelangi ..cuma volume kerja sekali dapat tu je yang buat sesak nafas. Alhamdulillah, dengan bantuan kengkawan, berjaya juga di siapkan...walaupon kelam kabut jugak le...esp. kalering....sukar untuk mendapat kaleris yang boleh mengaler sambil minum air.

ni antara karektor yang aku suka...ada 2..nyanyau dan atas ni hanim..ada 6 karektor semua...tapi mana ntah tersorok dalam cakera keras aku ntah....korang mesti tak sangka aku buat mende kiutmiut macam ni ar..ohohohooh

ni antara sebahagian koleksi...malas nak print screen banyak-banyak..lenguh jari....dobelas keping tu mewakili satu set.yang korang tengok ni aku ambil secaa rawak jes..downloadlah ye dari wsite maxis tu

Monday, July 30, 2007

electrocity



abes masa aku main menatang nih...kaler dia bes....macam main sim plak...simcity..bleh tahan la jugak, walaupun bangunan dan pilihan dia sikit....ok la..dalam 20 min bleh layan mende ni. limit dia 150 turn je. jangan bankrupt plak

klik untuk ke wsite dia ---> electrocity

Tuesday, July 24, 2007

projek komik online DBP




projek ni di buat dalam tahun 2004, masa tu tengah practice arsitektur lagik, bagai nak rak menyiapkan mende alah ni..yang atas tu proposed artwerk...tapi lepas tu diringkaskan gaya dia.tapi berbaloi pengalaman dia dan pendedahan dia...berdasarkan buku Hikayat Sejarah Melayu, lebih kepada introduksi sejarah melayu dari cerita pasal Hang Tuah (ikut buku). Dulu dalam tahun 70-80an jaafar taib pernah buat cerita ni. Oleh sebab tu aku amat berbesar hati bila projek ni di serahkan kepada aku.tapi...oleh kerana ini projek pertama, susah nak buat komik ni luar dari kebiasaan sebab skrip dia cuba untuk mengekalkan keaslian prosakata sanskrit dan lenggok cerita dahulukala, anggaplah ia sebagai rujukan bergambar kepada Hikayat Sejarah Melayu

klik link ni untuk menghayati hikayat-hikayat ni sechara online
Hikayat Hang Tuah
Hikayat Merong Maha Wangsa
Hikayat Shah Mardan
Hikayat Amir Hamzah